MKA CONSULTANT & SERVICES ATAU OUTDOOR BOOSTER MALAYSIA ?

12:40 PM

3;30 am | Khamis 9/4/2020 | Malam Nisfu Syaa'ban |






Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada warga blogger sekalian bertemu kita kembali setelah lama tidak update cerita terbaru di blog ni. Baiklah tanpa membuang masa kali ini aku nak berkongsi cerita ataupun nak buat sedikit review berkenaan satu service ni.

Jadi apakah yang dimaksudkan dengan MKA COnsultant and Services atau Outdoor Booster Malaysia ni.Jeng jeng jeng hahaha baiklah pertama sekali, ini adalah salah 1 group consultant yang memberi khidmat service dari segi kepakaran dalam bidang REKREASI LUAR.

Apa pulak tu REKREASI LUAR ????. ok baik rekreasi luar ini boleh didefinasikan sebagai aktiviti riadah + aksi = riadah dan aksi jadilah rekreasi. Baik rekreasi luar ni lebih diketahui oleh para penggiat didalam bidang sukan lasak sukan yang mencabar fizikal dan minda. Antara contoh aktivitinya adalah :-

- Flying Fox
- Abseiling/Waterfall Abseiling
- Caving
- Hiking
- Water Rafting
- Water Tubing
- Touring
- Cascading
- Wall climbing
- Rock Climbing
- Orieentering
- Kayak

dan macam macam lagi la ....

Macam mana aku boleh terlibat dengan aktivtiti mcm ni ? boleh ke aku jana pendapatan dengan aktiviti sebegini. jawapannya Ya boleh. Selepas aku mengikuti KURSUS FASILITATOR SIRI KE-6 dan KURSUS JURULATIH STAGE 1 REKREASI PENDIDIKAN LUAR. Yang terbaiknya terlalu banyak input yang aku dapat semasa kursus tu bukan sahaja aku dapat buat side income lepas habis kursus malah aku juga dapat tingkatkan soft skill aku dari segi komunikasi, interaksi, cara mengawal persekitaran, critical thinking dan pelbagai lagii yang aku pasti aku dapat apply dalam kehidupan seharian dan semasa menuntut di universiti.


Akhir kata, nanti aku akan share 1 per 1 antara aktiviti yang menarik pernah aku join bersama outdoot booster (OB) sama ada open program ataupun kerja. kepada sesiapa yang berminat untuk sertai dunia KEFASILITATORAN dan KEJURULATIHAN boleh la follow,like, share, subscribe untuk update-update kursus yang akan datang sebarang maklumat lebih lanjut boleh lihat dan layari di:-

IG & FB PAGE - outdoorbooster_malaysia
YOUTUBE - Outdoor Booster Channel

Sebarang pertanyaan boleh tanya diruangan komen ataupun contact aku di muhdluqman725@gmail.com

semoga dapat kebaikan kepada semua pembaca.


You Might Also Like

0 comments

Followers

Like us on Facebook