SALAM PERANTAUAN DI BUMI KENYALANG

7:33 AM

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga blogger sekalian seperti yang anda nampak di tajuk post kalini bertajuk "SALAM PERANTAUAN DI BUMI KENYALANG". Pejam celik pejam celik dah hampir 3 tahun menghabiskan masa menuntut ilmu di bumi kenyalang ni. Sebelum tu tau ke bumi kenyalang ni dimana ? ye bumi kenyalang ni di Negeri Sarawak. Tahun ni merupakan tahun akhir aku menamatkan  pengajian aku di sini. Jadi kalini aku nak cerita budaya dan cara sambutan masyarakat di sarawak apabila menjelang Aidilfitri berdasarkan pengalaman yg aku tempuh ni. Memandangkan aku tak balik raya tahun ni megenangkan nasib nak dekat final exam yg bermula tak kurang dari seminggu cuti nak mulanya 1st paper, sbb final exam aku kalini jatuh masa study week "malangnya nasib" lpstu tiket flight plk sikit pun tak repect harga dia . Aku buat keputusan untuk tak balik cuti study week dan pakat2 dgn kawan2 siapa yang tak balik kita pi jalan2 la masa raya nnt gi beraya rumah kawan2 terdekat. Pakat dok igt nak teriak la sbb tak pernah2 raya tak sekali dgn family tp utk kalini shaja kita terima la hakikat yg kita tak balik tu.  

Last puasa sebelum raya esk tu dgn berbakikan beberapa org yang tinggal kami pun plan la nk masak rendang dgn apa yg ada. Masa berbuka last day tu hujan lebat selebat-lebatnya hati kami yg juga turut dibawa hujan tersebut kerana mengenangkan nasib tidak seperti org lain. Lps berbuka tu teruskan la bjalan gi beli barang utk msak makan esk pagi raya sebelum berjalan pegi masjid utk solat hari raya aidilfitri. Dah settle beli barang balik semula ke kolej siap2kan bahan dan mula masak . Lps dah siap kemas semula tinggal masa utk berehat dan tidur sbb dh lewat takut esk solat ats katil pula hahahah.

Mula la hari pertama syawal yang pertama, mcm biasa la bangun pagi mandi sunat hari raya aidilfitri siap2 makan sikit rendang yang kami masak malam tu then berjalan la ramai2 gi solat dekat masjid belakang uitm, agak menapak jugak la nk kesana. Kami sampai tu sempat la bertakbir sekejap sebelum solat habis2 tu dah selesai semua solat jamah la makan sedikit yang disediakan oleh pihak masjid kat sana . 


Gambar selepas solat raya
Dah selesai semua kami pun mula la perancangan utk ke rumah kawan2 yg berdekatan utk beraya mengisi perut yang kelaparan , hari raya pertama lebih kurang 3 ke 4 rumah kami terjah , unik budaya org sarawak ni sambut hari raya lebih2 lagi cara pemakanan diorang. Selalunya raya kita dihidangkan dengan kuih2 ketupat lemang nasi impit dan sebagainya. Tetapi agak berbeza sedikit disini , mereka hidang laksa sarawak , pelbagai jenis kek, air berkarbonat  tak minum air kordial dan banyak lagi. 

Pejam celik pejam celik hampir 5 hari jugak la dari raya pertama kami berjalan ke rumah kawan2 utk beraya. Sememangnya kepuasaan beraya di tempat org buat kali pertamanya amat bermakna dalam hidup ini, sebabnya kita tak tahu bila lagi peluang sebegini akan tiba, syukur kehadrat ilahi atas perancangannya kami dpt menimba ilmu dan melihat dunia luar jauh beza berbanding dtempat sendiri. Tahun akhir sudah, last semester mari habiskan sisa2 hari yang tiba tak lama ,agi selepas habis praktikal sbebelum kita pulang semula ke tempat masing2. Let's cherish every moment till the last.

Semoga dapat kebaikan pada yang membaca !

Thank you for your time ! :) Peace & Love

You Might Also Like

0 comments

Followers

Like us on Facebook