PERMULAAN KEPADA PENGENALAN

2:30 PM


Assalamualaikum warga pengguna blog sekalian, ini pertama kalinya aku menaip di blog tersendiri selepas beberapa hari menyesuaikan diri dengan penggunaan blog ni. Maklumla baru nak belajar menaip segala perkara untuk dikongsikan bersama. Semoga yang bermanfaat dapat kita nikmati bersama.

First of all, 

Nama: Muhammad Luqman Hakim Bin Che Yom
Umur: 20 tahun
Status: Pelajar
Menetap: Lembah pantai, KL
T.Belajar: UiTM Sarawak 
Bidang: Sains Sukan

Nak tahu selanjutnya jom kita selami ~

Secara am aku mula persekolahan pd tahun 2005 darjah 1 di Sk La Salle 2 Brickfields sehingga darjah 6. Keputusan UPSR takdala memberangsangkan sangat jadi aku sambung sekolah menengah di sekolah am biasa ja.
Logo sekolah rendah aku
Tamat darjah 6 sambung pula skola menengah sama juga bersebelahan dengan sekolah rendah tp masih dlm kawasan dan bangunan yang sama. Bermula tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 dan tamat sekolah menengah. Keputusan PMR dan SPM tidaklah cemerlang tp masih membanggakan family aku.

Logo sekolah menengah aku

Tamat form 5 sebelum pegi lebih dalam macam mana aku boleh masuk universiti (aku ceritakan nnt di post yg lain), aku terus cerita yang aku dapat tawaran masuk UiTM. Jadi aku pun teruskan belajar di UiTM dari tahun 2016 sehingga ke tahun ini dan akan tamat pengajian hujung tahun ni dlm bidang yang aku ceburi skrg ni. P/s tak payah letak logo UiTM la semua tahu kan atau boleh google ja.

Syukur ke hadrat ilahi, aku ada 3 adik beradik abg dan adik perempuan seorang. Semua masing2 belajar jauh tp plg jauh setakat ni aku la. Alhamdulillah moga2 semua berjaya tamatkan pelajaran dengan jayanya.

Mungkin 1st post ni agak bosan sikit sbb aku baru mula2 nk belajar lagi apa yang nak dibebelkan panjang2. Ini la serba sedikit perjalanan hidup belajar dari kecik sehingga besar ke harini ini. Keinginan aku utk dapat lebih lagi sebenarnya, tp takpa pelan2 kita lalui liku-liku kehidupan ni sampai kita berjaya.

Motif dan Tujuan:-
Aku buka blog ni juga sebenarnya nk share apa yang aku minat dan cara pemikiran aku untuk faced any problems in any situations based on my previous and now experience dan juga motivate org dengan apa cara sekali pun. Selain tu, mungkin juga aku suka menaip appreciation post untuk sapa2 sahaja yang aku kehendaki. Mungkin ada dikalangan pembaca yang membaca apa yg ada di post aku ini alami benda yang sama atau kita cenderung berfikiran yang sama boleh kita berkongsi pendapat antara satu sama lain. Setiap apa yang aku kongsikan tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang sudah meninggal. 

Akhirkata, semoga mendapat manfaat dengan setiap perkongsian ini dan semoga dapat kebaikan sentiasa. Enjoy :)

Bye-bye. Assalam

Do follow my blogspot : https://dream2legacy.blogspot.com/

You Might Also Like

0 comments

Followers

Like us on Facebook